Antara isi kandungan nya;
"Kedudukan anak luar nikah adalah sama saja dengan anak yang lain. Dalam Islam, tiada istilah anak lahir diluar nikah itu dengan anak haram. Jika ada yang menyatakan istilah itu ada, sila cari dalam kitab suci AlQuran atau hadis Rasulullah saw yang menyebutnya demikian. Kemuliaan seseorang disisi Allah swt berdasarkan ketakwaan nya. Ia juga bukan kerana soal keturunan atau asal usulnya."
di tambah lagi,
"Apabila kita mengetahui keadaan dan kedudukan asal usul seseorang yang kurang baik, sunat bagi kita sembunyikan perkara itu dan jangan dihebahkan baik yang berkepentingan ataupun kepada yang lainnya. Kecuali ketika mana ia berbuat mungkar, maka wajib diingkari."
Hm.. bab yang last tu, "kecuali ketika mana ia berbuat mungkar, maka wajib diingkari" , saya tak berapa faham pulak ler..
Apa yang buat saya minat dengan topik ni ialah, masih ramai orang disekeliling saya yang berpendapat, tak elok ambil anak luar nikah sebagai anak angkat. Saya dah lama nak ambil anak angkat perempuan. Tapi, kebanyakan baby yang available adalah anak sebegini. Ibubapa saya, adik beradik dan kawan2 selalu menasihatkan supaya jangan ambil baby luarnikah, banyak sebab2 yang dibincangkan. Suami saya pulak, sangat berfikiran positif. Dia tak kesah langsung dengan soal status anak luar nikah ataupun tidak, pada pendapat dia, baby tidak berdosa, yang berdosa adalah ibubapanya. Tapi, hati saya dah bercampur baur dengan macam2 perasaan, akhirnya saya pun tawar hati lah untuk menerima anak luarnikah sebagai anak angkat.
Tiap2 kali tengok berita anak2 luar nikah yang dibuang ataupun yang di tinggalkan dirumah2 kebajikan, sangat menyayat hati saya, hinggakan saya boleh menangis sepuas2 nya. Hm.... entah lah, tak tahu apa nak cakap lagi.....
No comments:
Post a Comment