25.12.10

Bercuti di Morocco 2010 (part 1) - Casablanca dan Rabat


Biasanya, kami tidak menggunakan agen setiap kali pergi bercuti.  Main redah aje.  Tapi kali ni kami ke Morocco bersama rombongan grup kecil. 

Bandar pertama - Casablanca



Hotel pertama kami. Nampak dari luar macam pelik.

 Masuk aje, kami kena turun tangga untuk ke lobby hotel.

Lobby.

Alhamdulillah bilik sangat selesa.



Minum petang.  Alas perut sementara tunggu nak keluar makan malam.  Moroccan tea sangat sedap.


Bilik kami terletak di ground floor. Senang nak keluar masuk bersiar2.   Ingatkan nak minum petang diluar. Tapi cuaca tersangat laaa sejuk. 

 Keluar untuk makan malam.

 Restoran pertama untuk makan malam kami. 

Hehehe.... nampaknya makan sayur ajer laaa....  Bagus jugak. Senang nak terus tidur bila tiba hotel. 

Hm... ada pun ikan dan nasi seciput.


Pagi esoknya, sessi bersiar2 sekitar hotel. Udara pagi yang sejuk dan nyaman....





Check-out hotel. Teruskan perjalanan ...


Menuju ke Hassan II Great Mosque. Dengarnya, masjid ini adalah yang ke-3 terbesar didunia, selepas Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Madinah Munawwarah.










interior yang tersangat sarat dengan ukiran. Cantik sungguh.






Bumbung boleh dibuka menghadap langit, macam di Masjid Madinah laa.  Kayu ini beratus tan beratnya.

tempat ambil wuduk. Air keluar dari lubang ditengah2 tu, mengalir sampai kebawah.


hehehe.. model ni eksyen ambil wuduk. Air aje yang takde.




Lawatan seterusnya ke Palace Mohamed V.  Pelawat tidak dibenarkan masuk.  Dapat tengok kecantikan pintu besarnya sahaja.

Terpegun dengan ukiran di pintu ni.






Makan tengahari di Rick's Cafe.  Cafe ini yg masuk dalam movie lama Casablanca.





 Menu 

 Dari meja makan kami.

voul au vent de poulet - chicken pie laa

Cheese cake

 View bahagian bawah, dari tempat kami makan.

 Saya minat kat design lampu ni.

Eh, tangga pun saya berkenan...

Bandar kedua - Rabat

Seterusnya, kami ke Qasbah des Oudayas.  Tembok2 disini semua dicat warna biru dan putih.  Asalnya ini adalah kubu perang. Tapi sekarang dijadikan tempat kediaman yang agak mahal. Tak padan dengan rupa tau....

bahagian atas bangunan disini 

Kecantikan rumah2 disini terletak pada pintu nya. Macam2 design pintu yang memikat hati saya.  Atau kot2 saya ni peminat pintu, orang lain saya tak tahu laaa.


Penghibur jalanan.

Penjual manisan


Inilah front view Kasbah des uodayas.  Alkisah kami masuk ikut dari belakang, jalan2 terus sampai kebahagian depan.


Teruskan perjalanan lagi...
Entrance to Hassan Tower and the King Mohammed V Mausoleum

Hassan Tower

Makam ini dah standby untuk current King


King Mohammed V Mausoleum

Makam

Ceiling yang bergemerlapan. Daripada emas.



Pemandangan yang sangat cantik, hari dah hampir gelap. Sejuk sangat ditiup angin senja.
Kami pun teruskan perjalan ke Hotel Rabat.

2 comments:

  1. Cantik sgt ...unik seninya...Morocco tmpt impian Elly...

    Salam perkenalan dari Elly...
    jemput singgah...

    DOS VITAMIN C UNTUK KULIT CANTIK, GEBUS, CERAH!!

    ReplyDelete
  2. Cantik sgt ...unik seninya...Morocco tmpt impian Elly...

    Salam perkenalan dari Elly...
    jemput singgah...

    DOS VITAMIN C UNTUK KULIT CANTIK, GEBUS, CERAH!!

    ReplyDelete