Sejak saya beli mesin jahit baru, belum sempat pulak nak mula tekun menjahit. Ini adalah sebab saya takde tempat yang sesuai utk duduk menjahit dengan selesa. Sekejap saya letak mesin di meja makan. Sekejap lagi saya pindah kebilik anak. Bila tempat jahit tak selesa, memang susah untuk datang mood nak menjahit.
Satu hari, dua orang kawan baik saya yang datang melepak, mencadangkan bilik kecik tu dijadikan bilik menjahit. Mula2 saya terdiam. Terfikir macam susah nak kemas bilik yang penuh harta karun tu utk diubah jadi bilik menjahit.
Akhirnya alhamdulillah, bila mood mengemas dah datang, saya berjaya menyiapkan bilik jahit saya.
Tak ada lah sehebat mana. Comel fan simple aje. Tapi saya happy. Saya dah pun mula menjahit !
No comments:
Post a Comment