1.9.16

Jalan2 ke Forest City

Satu hari tu, saya ke Forest City dengan kawan.  Boleh tahan jauh jugak nak kesana.  Hampir putus asa macam nak berpatah balik.   Tapi alhamdulillah tiba jugak kesana.  

Cantik tempat tu.  Tak sangka ada tempat cantik di JB ni.  Alangkah bagus nya kalau ada pantai yg cantik sepanjang pantai Lido tu.  Ini tidak, penuh dengan bangunan tinggi sampai langsung tak nampak tepi laut macam dulu2. 







Paling suka tengok pokok2 bunga disini. Sihat2 belaka. 


Kaktus ni bulat2.  Rasa macam nak cabut, masuk dlm beg dan bawak balik. Hehe.. 








30.8.16

Smokey


Smokey sedang mengelamun malam.  Malam ni dia duduk diam sikit sebab dah penat berkeliaran sepanjang siang  dapat lah saya snap gambar dia.  Kalau tidak, dia takkan duduk diam, meleser aje kat jaring cage mintak urut..   love u smokey








10.8.16

Saya nak halau cicak

Saya pernah dengar. Petua nak halau cicak dari bermaharajalela kat rumah. Cara yang paling mudah ialah tumbuk kulit telur dan taburkan ditempat yang banyak ada cicak. Cicak tak suka bau kulit telur tu.   

Betul ke apa yg saya buat ni? Tumbuk halus kulit telur. 


Sementara nak fikir kat mana nak tabur serbuk tu, saya letak aje laa disatu sudut. Punya terkejut saya tengok cicak datang lepak2 dekat dengan bekas tu.   Eh! Dia tak heran ke dengan kulit telor tu? 


3.5.16

Cerita kucing


Seperti biasa. Aktiviti harian. Sambil siram pokok, sambil layan gelagat kucing2 saya. 

Smokey ni dah puas main kejar air. Dah basah kuyup. Tu tengah busy keringkan bulu. 


Oyeen dah selesa tinggal dalam bighouse. Dah sebulan kot dok dalam tu. Alhamdulillah. 



Oreo biasalaa dengan muka monyok nya. Tapi sebenar nya dia happy tu. Layan termenung tengok saya siram pokok. Dia penakut air. So baik dia dok diam2 dalam bighouse. 


Simba ni tunggu time nak keluar. Saja saya biar dia menunggu.  Kalau dah keluar nanti asyik merengek aje mintak belai. 


Jeddy tak tahu nak buat apa harini. Tengah fikir panjang. 




25.4.16

Bilik menjahit saya

Saya ada sebuah bilik kecik yang dahulu digunakan sebagai bilik tidur pembantu rumah.  Sejak saya tak ambil pembantu rumah, bilik ni jadi store room kedua. Macam2 benda saya sumbat dalam bilik ni.  

Sejak saya beli mesin jahit baru, belum sempat pulak nak mula tekun menjahit. Ini adalah sebab saya takde tempat yang sesuai utk duduk menjahit dengan selesa.  Sekejap saya letak mesin di meja makan. Sekejap lagi saya pindah kebilik anak. Bila tempat jahit tak selesa, memang susah untuk datang mood nak menjahit. 

Satu hari, dua orang kawan baik saya yang datang melepak, mencadangkan bilik kecik tu dijadikan bilik menjahit.  Mula2 saya terdiam. Terfikir macam susah nak kemas bilik yang penuh harta karun tu utk diubah jadi bilik menjahit.   

Akhirnya alhamdulillah, bila mood mengemas dah datang, saya berjaya menyiapkan bilik jahit saya. 

Tak ada lah sehebat mana.  Comel fan simple aje. Tapi saya happy.  Saya dah pun mula menjahit ! 











15.4.16

Renovate rumah kucing

Saya tengah planning nak renovate rumah kucing.

Dibawah ni adalah contoh2 rumah kucing yang saya google dan sangat berkenan. 


Para-para tu yang best tu.  Kucing2 saya boleh berangan amek angin hari2. 


Siap ada bangku panjang tu. Sesuai untuk saya duduk sambil belai2 kucing. 


Diatas ni seakan2 para2 dirumah kucing saya.  Cuma yang dalam gambar ni nampak lebih solid kayu dan braket nya. Ditambah dengan batu2 kecil dan rumput. Eee cantik!  Sayang nya rumah kucing saya dah siap dengan lantai jubin. Tak dapatlah nak letak rumput.  



Haa. Inilah rupa para2 yang baru saya buat. Beli rak tingkat2 di Giant aje.  Lepastu saya letak menghadap depan rumah kucing. Memang diorang suka bertenggek kat situ. Macam kucing perhiasan pulak. Hehehe!

5.4.16

Smokey dan oreo

Si comel manja Smokey   







Abang Oreo yag setiasa monyok.  Tapi dalam hati ada sifat manja jugak tau.. 






Godak2 garden saya

Bermula dengan masalah sumbat di sink dan jamban, saya terpaksa panggil tukang pam tanki najis untuk bersihkan septik tank. 

Septik tank terletak dibawah kawasan rumput dihujung garden.  Maka kena lah kopak bukak rumput disekitar kawasan tanki tu.  


Bila dah terbongkang rumput tu, suami terfikir untuk ubah design bahagian hujung garden saya.  



Pokok Bushida dah banyak ada pokok liar  menenggek.  Sampai dah nak botak tak berdaun bushida tu. Tukang kebun kena panjat untuk buang pokok tumpang tu. 


Ini rupa tapak lama didepan rumah kucing saya. Bosan pulak dgn pattern lama tu.  




Dah pun siap.  Alhamdulillah.  Sorry sebab saya ambil gambar waktu hujan lebat pulak. 


21.3.16

Pixajoy album

Pertama kali cuba order photobook dengan Pixajoy.  Itu pun dpt offer percuma buat mini album 6"x6".  Hanya kena bayar postage ajer. 

Not bad.  Servis laju. Album pun comel cute miut. 









Lepak-lepak di daycare hematologi HSA

 
Waktu ni hampir semua pesakit dah balik. Tinggal kami beberapa orang ajer lagi. Tempat menunggu yang sangat menduga mental dan fizikal.  Dilengkapi dengan cuaca panas berdenting dan bahang macam kena panggang. 



4.1.16

Admitted HSA 29 Dec

Mak masuk HSA 29/12/15 petang.
Tiba HSA pkl 3pm.  Terus ke emergency. Tunggu giliran untuk ke bilik no6. Kat situ nurse buat checkup biasa. Suhu badan, tekanan darah dan lain2. 
Lepastu tunggu lagi untuk dipanggil ke bilik rawatan entah no berapa. Lupa. Doktor amek keterangan jer. 

Lepas tu tunggu di panggil masuk ke bilik pemerhatian. Tiba sini, nurse bagitahu kita semua boleh pegi makan. Sbb agak lama utk tunggu doktor pakar datang.
 
So saya pun balik rumah sekejap. Nasib baik rmh dekat dgn hospital

Dah nak magrib baru dipindah ke wad perubatan perempuan 1. 

Lama nya tunggu prosedure hospital. 
Mak masih kesakitan. Dapat ubat tahan sakit aje. Tak dpt jumpa doktor pakar lagi nampaknya.  

Akhirnya kami yg menunggu pun balik. Besok hopefully doktor pakar datang.