Selepas berhari jugak saya mencari mesin jahit, akhirnya dapat tangkap satu!
Penat jugak survey mesin jahit. Saya Google utk dapatkan idea brand apa yang terbaik, siap dengan nama model yang bukan sikit pulak tu. Lepastu keluar masuk dari satu kedai ke satu kedai. Yang tak syok nya, apa yang kita tengok di internet tak semesti nya available di kedai. Tak kurang jugak ada banyak website yg jual mesin jahit secara online. Part ni saya tak berapa gemar. Sebab tak dapat nak banyak tanya dan mintak tunjuk ajar bila dah beli nanti.
Penghabis nya saya masuk kedai Singer, tengok brochure apa model yang ada. Sempat jugak google check spec dan komen pengguna.
Alhamdulillah, saya pilih Singer 4432
Lepas ni sure busy aktiviti menjahit. Hmmm terkedek2 lah nampak nya saya buat kerja rumah nak cepat pegang mesin.
No comments:
Post a Comment