Kali ni kami plan untuk melawat tempat yang tak pernah kami pergi di Perth.
Hari 1
Gooseberry Hills
Naik bukit dengan kereta hingga kepuncak. Dari sini boleh nampak bandar Perth (cinonet kat telunjuk tu). Disini juga ada kawasan untuk mount climbing. Tapi masa ni tak nampak pulak orang buat aktiviti tu.
Sebelum balik, kami singgah di satu tempat ni untuk solat. Tempat ni berdekatan dengan laut. Siap ada meja selesa untuk piknik.
Hari kedua.
Jalan jauh. Kami bawak bekalan makanan untuk lunch.
Busselton Jetty
Tempat ni yang sangat cantik untuk fotografi.
Singgah Margaret River picnic area. Picnic ditepi sungai dan solat.
Selesai picnic, kami sambung perjalanan melalui kawasan Lake Cave Mammoth Nature Reserve. Kami menikmati pemandangn hutan pokok2 tinggi mencecah 60mtr. Nama pokok tu Karri.
To be continued ....