29.9.12

Holiday di Ho Chi Minh (Saigon) Vietnam 2012


Ini pertama kali  kami bercuti di Vietnam.  Ramai kawan2 yang dah pergi kesana bagi thumbs-up. Mereka kata macam2 boleh dicari  disana. Salah satu cuti sekolah yang lepas, kami pun cubalah jejakkan kaki.

Kami tinggal di Hotel Sheraton Saigon.




Dok 3 orang sebilik.

shower baik punyaa..


Live performance ...


dari meja sarapan kami




Pertama sekali kami melawat masjid yang terletak di sebelah hotel.  Lupa pulak nama masjid ni.

Depan pintu masjid ajer dah nampak 'orang kita' busy menyopping.  Ada jual kain ela!!




Minum petang di restoran D'Nyonya.





Aktiviti malam,  naik Saigon River Cruise berserta makan malam.




Cu Chi Tunnel ... Mesti pergi.  Tengok2 suasana dizaman perang
.
Siapa2 pun boleh cuba masuk kedalam lubang bawah tanah tu. Saya tak nak.


Orang lelaki memang takkan lepaskan peluang ini...

 Dengan semangatnya nak masuk tunnel.  Tapi bila sampai kedalam, rupa2nya kena merangkak macam katak sepanjang beberapa meter. Terus abort mission... naik keluar semula.

 Makcik ni sedang buat 'rice paper'.  Macam kulit popia laaa

merasa makan ubi macam di zaman perang.  Sedap pulak tu..




Restoran Lion City pun sedap hidangan nya.






Paling saya enjoy makan ialah di Halal Saigon.  Huh!! yummylicious...



Kami sangat suka naik turun sampan atau bot. Tak lepaskan peluang menikmati day trip Mekong river cruise ...




















Ahah!... satu perkara yang menarik perhatian saya.  Bandar ni dihiasi dengan kabel letrik yang berselirat.  Adakala sampai menyembunyikan pemandangan bangunan yang cantik.


Kat sini, ramai sangat penunggang motosikal,  melebihi pemandu kereta.  Dijalanraya, pemandu kereta lebih 'takut' dengan penunggang motosikal.  Yang perempuan pulak akan balut muka dia orang sampai nampak mata aje...



City tour.....

Notre Dame Cathedral

Central Post Office




Reunification Palace





ok. Tak sah kalau tak singgah ke sini..


Ben Thanh Market


tapi, jujur nya, saya sangat tak enjoy shopping disini. Panas, suasana yang hingar bingar, harga sangat2 tak boleh dipercayai. Kalau tak pandai tawar menawar, tak payah lah kesini, alamat kena tipu aje.  Lagi pun kualiti barangan disini berbeza daripada yg didapati di kedai yg lebih khusus diluar.
hm.. ini hanyalah pendapat saya yer..

Saya lebih suka shopping dikedai2 seperti ini.  Harga tetap, dgn diberi diskaun yg tetap. Kualiti barang pun lebih elok.  Konfiden lah sikit nak membeli ...