9.8.17

Santai si kucing


Gaya susun atur terkini 'the big house'.  



Simba sedang bersihkan bulu nya  


Kelihatan bidai yang dah usang. Dah tak boleh roll up lagi.  Tali nya dah reput dimakan hari.  So saya terpaksa ikat aje dengan tali.  Kalau hujan lebat,  bukak ikatan supaya bidai turun  untuk elak tempias. 


8.8.17

Hobby lama - mengait



Semasa saya sedang mengira bulan nak dapat cucu, kepala ni dah mula berangan2 nak buat baby blanket untuk kenangan abadi.  

Tetiba teringatlah hobby lama, hobby zaman anak dara ...  mengait. 

Saya bongkar kotak harta karun, jumpa lah jarum kait dan benang lama.  Jari pun mula merangkak2 mengait setakat apa yg ingat.  

Tak puas hati.  Saya dapat idea untuk cari lesson for beginners dalam youtube. Alhamdulillah, memang betul2 banyak menafaat youtube ni. 

Saya beli benang secara online jer.  Not bad cantik benangnya.  Jarum saya beli dikedai dekat sini2 aje. 




Akhirnya siap baby blanket pertama saya. 

Masa saya berada di Perth, saya ke Spotlight.  Melambak cawangan kedai Spotlight disana.  

Punya lah banyak pilihan benang2.  Kali ini saya beli jarum besor gajah dan benang chunky cotton. Nak kait blanket yg lebih tebal pulak.  Sebab nanti dapatlah balut cucu saya dimusim sejuk.  




Kain ela disini lebih murah harganya dibanding dengan di Malaysia. (Selepas convert) Pada price tag memang ada tulis harga Aus, New Zealand, Singapore dan Malaysia. 

Saya sebenarnya tak pernah pun jejak Spotlight di KL tu.  Hehe..




Alhamdulillah.  Selesai sudah projek baby blanket saya.   Dapat lah dua helai.  Ok cukup lah.  Penat jugak jari ni.   

Insyaa Allah satu hari saya nak cuba buat alas meja pulak.  Alas meja yang saya buat masa zaman anak dara dulu, masih diguna oleh mak saya.  





27.7.17

Cerita kucing

Oreo Jeddy dan Simba memang secocok tinggal bertiga.  Dah macam tiga abdul atau do-re-mi atau the three stooges.  

Para2 mudah alih tu dah beberapa kali dipindah2kan.  Konon2 nak bagi kucing2 saya hilang rasa bosan.   Diaorg ni akan rasa pelik bila saya ubah tempat para2 tu. Mula lah masing2 buat muka blurr, takut2 nak memanjat.  Paling kelakor, beberapa hari diaorg tak tahu macamana nak naik keatas.  Seolah2 rumah tu asing sangat.  Hahahaha!! 







      Hmm..  nak suruh posing bertiga pun bukan mudah.  Masing2 tengah mengelamun tu.  







Kemboja ku

Dah lama saya tak update blog ni.  Banyak cerita yang saya nak share, tapi agak lembab pulak sejak akhir2 ni.  

Apa kata saya sambung kisah perkembangan pokok2 kemboja saya. 





Alhamdulillah pokok2 kemboja yang saya tanam dalam pasu hidup subur.  Dah mengeluarkan bunga berkali2.  Satu tak syok nya kemboja ni, bunga nya tak lama berkembang atas pokok.  Cepat aje dia jatuh kebumi.  Bukan setakat bunga, malah daun nya pun bukan main lebat melepak di atas tanah.  Sabor aje laa nak kena rajin sapu daun.  Hehe.  

Ada yang saya sendengkan aje ditepi pagar tembok, belum sempat beli pasu besar, tetiba tengok dah tumbuh daun.  Saya terus biarkan aje disitu.  Akhirnya berbunga lebat pun dia.   


Tapi sorry yer. Time saya amek gambar, bunga dah elek. 





13.1.17

Projek semai pokok kemboja

Pokok kemboja saya dah terlalu kembang.  Tiba masa untuk dipotong bagi shape baru. 

Biasanya saya akan mintak tukang kebun simpan batang2 yang cantik bentuk cabangnya.  Saya cucuk aje kedalam pasu.  Kena rajin siram. 


Bila dah nampak molek keluar daun, saya pindahkan di tanah garden saya.  Tengok lah kalau ada tempat sesuai. 


Mudah2an pokok ni akan membesar dgn cantik.  

Ada jugak yang saya biarkan anak pokok dalam pasu aje.  Saya belum pernah ada pokok kemboja besar dalam pasu.  Sedang mencuba.