Alhamdulillah.. dapat bercuti ke Surabaya kali ni. Ini percutian yang pendek aje. 3hari 2malam. Sekadar mengambil peluang bersama anak2 yang balik cuti raya cina.
Naik apa lagi kalau tak Air Asia X
Selamat tiba di Sheraton
Makan malam di Restoran Ria. Tempat ni agak sepi sikit. Makanan pun sederhana aje. Kira ok lah untuk santapan malam yg tak berapa berat.
Selepas makan malam di restoran Ria... kami relax sambil dengar musik di hotel aje.
Aktiviti pertama dihari kedua. Jelajah kota Surabaya. Ke Jembatan Merah . Biasa laa macam lain2 tempat menabur duit diJakarta dan Bandung jugak.
Tapi agak kurang pilihan yang menarik disini.
Harap2 nak beli kain ela, tapi tak banyak yang berkenan dihati. Suasana disini tak best laa. Dah ler tak banyak pilihan, barangan pun tak menarik. Penjual disini pun macam keras kejong aje. Tak mesra alam.
So kesimpulan nya saya tak shopping sakan pun. Ala kadar laa beli sikit2, bak kata orang, jangan tak membeli langsung la pulak, kan?
Makan tengahari direstoran Ayam goreng Pemuda. Haa, sedap !!
Bersebelahan dengan hotel, ada Kompleks Tunjungan Plaza. Haa, kat sini seronok jenjalan aje laa. Tak boleh nak membeli. Branded goods di Indonesia ni kan dahsyat harga nya... Tak kuasa den nak layan..
Ramai betul orang disini. Maklumlah.. hari libur..
Last sekali, makan malam di Ikan Bakar Cianjur.
Ok. Hari ketiga, selepas menikmati breakfast dihotel.. time to balik..