16.9.14

Memburu kain di Jakarta

Kali ni break record. Pergi Jakarta 2 hari 1 malam aje.  Mission penting, nak cari kain untuk dibuat baju pengantin, dayang2 dan ahli keluarga terdekat.

Sebaik kapalterbang landed, kami terus ke restoran  untuk makan tengahari.  Lapar dong... naik kapalterbang budget tak makan apa2.
Lepas perut kenyang, terus ke Pasar Baru Masuk kedai Mumbay.  Belek2 kain yang ada.   Tiba2 terberkenan pulak kat material yang patung pakai.  Kain Prada lace.  Lain kain yang kita nak cari.. lain pulak yang jumpa. 

Lepastu keluar masuk ke beberapa buah kedai lagi.  Malang nya mata tak berkenan apa2 pun.   Tanpa buang masa, kami pun ambik keputusan untuk check-in hotel dulu.   Selesai solat kami keluar lagi.  Kali ini kami ke Mayestic (sebutan majestik)

Saya tak pernah pergi tempat ni pun.  Kawan2 yang rekomen tempat ni.  So apalagi.. mula lah memburu kain.

Alhamdulillah.  Kat sini kami dapat settlekan semua. Sampai kedai nak tutup kami disini. Siap minum petang dalam kedai.


2.2.14

CNY di Surabaya

Alhamdulillah.. dapat bercuti ke Surabaya kali ni.  Ini percutian yang pendek aje. 3hari 2malam. Sekadar mengambil peluang bersama anak2 yang balik cuti raya cina. 


Naik apa lagi kalau tak Air Asia X


Selamat tiba di Sheraton













Makan malam di Restoran Ria.  Tempat ni agak sepi sikit. Makanan pun sederhana aje.  Kira ok lah untuk santapan malam yg tak berapa berat.






Selepas makan malam di restoran Ria... kami relax sambil dengar musik di hotel aje.




Aktiviti pertama dihari kedua.  Jelajah kota Surabaya. Ke Jembatan Merah . Biasa laa macam lain2 tempat menabur duit diJakarta dan Bandung jugak.

Tapi  agak kurang pilihan yang menarik disini.  
Harap2 nak beli kain ela, tapi tak banyak yang berkenan dihati.  Suasana disini tak best laa.  Dah ler  tak banyak pilihan,  barangan pun tak menarik.  Penjual disini pun macam keras kejong aje. Tak mesra alam.  

So kesimpulan nya saya tak shopping sakan pun.  Ala kadar laa beli sikit2, bak kata orang, jangan tak membeli langsung la pulak, kan?





Makan tengahari direstoran  Ayam goreng Pemuda.  Haa, sedap !!








Bersebelahan dengan hotel, ada Kompleks Tunjungan Plaza. Haa, kat sini seronok jenjalan aje laa.  Tak boleh nak membeli.  Branded goods di Indonesia ni kan dahsyat harga nya... Tak kuasa den nak layan.. 






Ramai betul orang disini.  Maklumlah.. hari libur..



Last sekali, makan malam di Ikan Bakar Cianjur.






Ok. Hari ketiga, selepas menikmati breakfast dihotel.. time to balik.. 



30.1.14

Coco..


Ini Coco.  Dia ialah partner Oreo.  



Gambar kenangan beberapa hari selepas saya adopt dia.   Seekor kitten yang sangat  comel.






Memang sangat seronok bila melayan kerenah anak kucing.  Tak sama dengan kucing dewasa.    

Goodbye anak2 bulu ku

Semua buah hati dah dihantar ke hostel..  Mummy nak pegi makan angin..













23.1.14

Smokey..


Perkenalkan American Shorthair saya. Nama dia Smokey. 

Dia ni asalnya saya dapat surprise daripada suami. Langsung tak expect nak tambah kucing. Almaklum saya dah ada 5 ekor masa tu.
Tapi biasalah, bila dah ada depan mata, perasaan simpati tu datang.

  Lama kelamaan rasa sayang pun mula menebal. Biasa lah saya...  











20.1.14

Pandora ku

Ini lah koleksi pandora saya yg pertama. Dah lama mengidam... akhirnya dapat! Hehehe

Saya tak beli di Malaysia.  Mahal che' kak oiii.  Saya beli di Perth.