29.2.12

Dilema kahwin lambat

29 feb 2012

Sedang menghadap TV3, topik Wanita Hari Ini sangat menarik ... Dilema kahwin lambat.

Apa yg melekat di minda saya, tetamu wanita ni berkata, dia masih belum berkahwin sbb lelaki yang berakhlak tinggi sangat susah didapati. Sedih dan seram mendengar nya, tapi rasanya memang banyak kebenaran nya (pd pendapat saya laa) Paling takut sekali , bila difikir2kan, lelaki yg berakhlak tinggi ni lebih mudah didapati di kalangan lelaki berumur... hm.. faham2laa apa masaalah yang akan berkait.

Tips yg baik :
1. rajin solat dhuha dan berdoa supaya dapat jodoh dgn mudah.
2. orang lelaki jangan letak handfon didlm poket - mempengaruhi kesuburan.


26.2.12

Selera pagi




Selamat pagi... Selalunya topik utama waktu pagi ialah .... sarapan.

Hari2 menu sarapan saya simple aje. Roti bakar disapu butter, dengan kaya atau nuttela atau peanut butter atau sardin atau sambal tumis. Kalau lagi nak cepat, saya makan Quaker Oats ajer. Satu mug nescafe mesti ada.

Sesekali saya tukar selera, beli roti canai atau nasi lemak atau roti kacang pol atau lontong.






Satu lagi favourite, croissant disapu butter, dengan tuna... kalau ada tomato atau salad, lagi bagus. Kalau takde, sandwich togel pun sedap....

25.2.12

Oreo, buah hati ku..

Selepas beberapa hari saya dapat Jeddy, hati macam kasihan tengok Jeddy tak ada kawan ... takut pulak dia rasa lonely.... Mula lah saya berangan nak carikan dia teman bermain.

Tiba2 satu hari tu, saya ternampak seekor anak kucing yang sangat cute di pet shop. Penjual dikedai tu kata kucing tu baka mix persian dan mainecoon. Saya tak pernah dengar perkataan 'mainecoon' , saya ingatkan 'mingkoon'. Balik rumah, saya terus google 'mingkoon'. Sampai ke petang, saya tak jumpa pun baka ni. Pelik... Entah macamana, dengan tak sengaja, hasil google yang bermacam2, saya terjumpalah gambar binatang 'mainecoon' ni. MasyaAllah, terkejut tengok ke-cute-an kucing jenis ini!.... Lepas magrib, kelamkabut saya call penjual di pet shop tu. Kucing tu masih available.... 15minit kemudian, saya dah berada di kedai ...






jeng jeng jeng... meet my baby , Oreo. Muka kucing baru pindah rumah, monyok ajer...



Time ni dah mula jinak... pandai main2 dalam rumah.
.


Abang Jeddy sangat2 sayang kat adik Oreo ... main chak-chak aje...




Makan dan minum pun sama2 ...........




Oops... ini cerita setahun yang lalu.... sekarang dah besar pun En. Oreo dan En. Jeddy saya.

Panasonic Lumix GX1


Setelah beberapa lama menatap macam2 jenis kamera dikedai2 kamera, akhirnya saya nekad beli Panasonic Lumix GX1. Ini adalah gara2 teringin sangat nak memunya kamera jenis interchangeable lens. Memang dah lama saya berminat dengan fotografi. Tapi saya bukanlah seorang profesional photographer, setakat klik sana klik sini, boleh laaa. Saya terbuka hati nak belajar ambil gambar guna manual fokus. Nampak nya bukan mudah... belajar pelan2 daripada anak. Budak2 ni lebih terror... hehehe..

Blender oh blender....




Ada satu hari tu, saya dok blend daging, tengah gopoh2 nak cepat, potong daging agak besar termasuklah bahagian lemak. Tiba2 blender tu bunyi "ggrrrekk", terus tak berjalan. Rupa2nya dah bengkok mata pisau nya. Adoi... kesal nya rasa, disebabkan keganasan sendiri, blender ku jahanam. Maka terbengkalai lah projek nak masak spaggeti bolognese saya....

Berhari2 jugak saya cari blender baru di kedai2 elektrik, termasuk di Giant hypermarket. Heran, tak jumpa. Usaha lagi ke kedai elektrik di Taman Perling. Ahah! Jumpa lah satu jenis ni... kira lebih kurang sama dengan saya punya Moulinex. Alhamdulillah.........