28.11.12

Ole-ole dari Perth


Saya nak share ole-ole favourite saya bila ke Perth.  Selain daripada shopping barang2 dan pakaian, saya jugak pastikan bawak balik benda2 dibawah ni....




Apple strudel ni sangat sedaaap.  Macam apple pie laa.  Di-pack dalam kotak seperti gambar diatas.


Ini bag plastik dia. Senang nak cerita... heheh



 Lagi satu ialah nougats....  mesti bawak balik tau....




Tidak ketinggalan, macadamia nut....


25.11.12

Santapan tengahari


Hari ni tak masak. ... Makan tengahari di Johor Golf Country Club.  

Lauk2 nya adalah telur tahu (bukan tahu telur ye), kangkung belacan,  sotong goreng tepung, ikan siakap masak deep fried kicap dan rojak.
Alhamdulillah sedaaap..


22.11.12

Dah lama tak baca...






Terpandang buku sirah Nabi Muhammad saw yang dibeli awal tahun ni.  Pada awalnya berkobar2 saya baca.  Entah macamana, boleh terhenti pulak.  Alahai... Kena make sure teruskan membaca sampai tamat. 



21.11.12

Owh no!!

Terkejut sekali tengok pokok favourite saya tiba2 jadi layu.  Rupa2nya ada ulat!!!!
Apa nak buat ni !!??




14.11.12

Restoran Saung Sunda Sawargi


Ahad lepas, saya dan keluarga makan tengahari di Restoran masakan Sunda yang terletak di Taman Impian Emas.  Dulu2 restoran sunda favourite kami terletak di City Square.  Sekarang dah takde lagi.  Ini cubaan pertama kami laa.



 Rasa macam kat Indonesia pulak.  



 Gado-gado

 Sayur asam.  Saya memang suka lauk sayur asam. Mak mertua saya pandai masak lauk ni. Dia belajar dari pekerja Indon nya.

 Ini dipanggil pergedil jagung.  Kenapa nama pergedil ek?..  Kalau saya, panggil ni jejemput jagung aje. Dulu2 pembantu rumah saya rajin buatkan ini untuk anak-anak.

  
 hehe.. Flying Gurame pun ada di sini.  Tak payah pergi Jakarta laa.. Tapi gareng yang amat. Rugi pulak tak dapat korek isi yang dah melekat di tulang.

 Hmm...  ini favourite saya.  Ikan bakar.  


Sempat lagi amek gambar sebelum masuk kereta. 

12.11.12

Ayat 'laqad jaa akum' surah taubah 128-129



Saya tidak akan lupa kepada pesanan arwah ustazah.  Elok baca ayat ini setiap kali tiba hari lahir kita. Sebaik-baiknya pada hari 'birthday' kita tu, baca ayat ini sebanyak mana jumlah umur kita. Seperti contoh, kalau umur kita hari itu 20 tahun, baca ayat ini sebanyak 20kali. 

14.10.12

Oven toaster Hanabishi


Petang semalam saya beli oven toaster baru.  Brand Hanabishi.  Ini gara2 kemaruk makan roti berlauk.  Mudah nak panaskan roti tu dengan gunakan oven kenit ni. 
Baru tadi saya pun merasmikan try panaskan roti berlauk untuk minum petang.  

Taraaa!  Garing cantik aje roti saya.   Alhamdulillah..




29.9.12

Holiday di Ho Chi Minh (Saigon) Vietnam 2012


Ini pertama kali  kami bercuti di Vietnam.  Ramai kawan2 yang dah pergi kesana bagi thumbs-up. Mereka kata macam2 boleh dicari  disana. Salah satu cuti sekolah yang lepas, kami pun cubalah jejakkan kaki.

Kami tinggal di Hotel Sheraton Saigon.




Dok 3 orang sebilik.

shower baik punyaa..


Live performance ...


dari meja sarapan kami




Pertama sekali kami melawat masjid yang terletak di sebelah hotel.  Lupa pulak nama masjid ni.

Depan pintu masjid ajer dah nampak 'orang kita' busy menyopping.  Ada jual kain ela!!




Minum petang di restoran D'Nyonya.





Aktiviti malam,  naik Saigon River Cruise berserta makan malam.




Cu Chi Tunnel ... Mesti pergi.  Tengok2 suasana dizaman perang
.
Siapa2 pun boleh cuba masuk kedalam lubang bawah tanah tu. Saya tak nak.


Orang lelaki memang takkan lepaskan peluang ini...

 Dengan semangatnya nak masuk tunnel.  Tapi bila sampai kedalam, rupa2nya kena merangkak macam katak sepanjang beberapa meter. Terus abort mission... naik keluar semula.

 Makcik ni sedang buat 'rice paper'.  Macam kulit popia laaa

merasa makan ubi macam di zaman perang.  Sedap pulak tu..




Restoran Lion City pun sedap hidangan nya.






Paling saya enjoy makan ialah di Halal Saigon.  Huh!! yummylicious...



Kami sangat suka naik turun sampan atau bot. Tak lepaskan peluang menikmati day trip Mekong river cruise ...




















Ahah!... satu perkara yang menarik perhatian saya.  Bandar ni dihiasi dengan kabel letrik yang berselirat.  Adakala sampai menyembunyikan pemandangan bangunan yang cantik.


Kat sini, ramai sangat penunggang motosikal,  melebihi pemandu kereta.  Dijalanraya, pemandu kereta lebih 'takut' dengan penunggang motosikal.  Yang perempuan pulak akan balut muka dia orang sampai nampak mata aje...



City tour.....

Notre Dame Cathedral

Central Post Office




Reunification Palace





ok. Tak sah kalau tak singgah ke sini..


Ben Thanh Market


tapi, jujur nya, saya sangat tak enjoy shopping disini. Panas, suasana yang hingar bingar, harga sangat2 tak boleh dipercayai. Kalau tak pandai tawar menawar, tak payah lah kesini, alamat kena tipu aje.  Lagi pun kualiti barangan disini berbeza daripada yg didapati di kedai yg lebih khusus diluar.
hm.. ini hanyalah pendapat saya yer..

Saya lebih suka shopping dikedai2 seperti ini.  Harga tetap, dgn diberi diskaun yg tetap. Kualiti barang pun lebih elok.  Konfiden lah sikit nak membeli ...