10.4.11

Cuti di Bandung 2011



Selamat tiba di Airport


Hotel Hilton Bandung


 










Minum petang di Rumah Mode dan terus mulakan shopping











Melawat Kawah Putih

Waktu kami tiba disini, hujan yang nak kata lebat, tak lebat, tapi kena pakai payung. Cuaca sangat sejuk, sampai menggigil.

singgah di kedai yang berdekatan. jual macam2 souvernir dan  ada jagung bakar dan buah strawberry 




Ke kebun strawberry





 Petiklah berapa banyak pun, lepastu timbang dan bayar.

Makan malam di Kampung Daun







 Restoran Sederhana


Ini favourite saya!


Sebahagian dari shopping heaven.......




dari mejabreakfast kami di hotel


Persekitaran luar hotel








23.3.11

Dapat toy baru... persian cat.

Saya dah lama bela kucing. Kucing kampung laa.. Asal nya, ada seekor ibu kucing jalanan datang beranak kat rumah saya. Si ibu berwarna tiga; hitam, putih dan oren. Dia beranak dua, jantan dan betina, dua2 putih melepak. Bila anak2 saya nampak kucing tu, dia org pun merengek laa, nak bela kucing. Mulai hari tu, saya pun jadi gembala kucing. Kucing2 betina saya sangat 'fertile'. Beranak ajer kerja nya. Saya memang tak sampai hati nak mandulkan ataupun sekat kucing saya daripada kawin. Macam2 kucing jantan yang datang kerumah tackle kucing betina saya. Dah turun beberapa generation, kucing2 yg saya bela ni. Banyak jugak yang saya let go. Ada jugak yang dah mati...

Tiga hari lepas, seorang kawan suami bagi kami kucing persian. Ini gara2 suami saya kemaruk nak bela kucing persian. Saya tak minat sangat dengan persian ni, nampak macam sangat cerewet nak membelanya. Nak kena jaga bulu dia yg panjang tu, dengar2 nya, kena kerap bawak jumpa 'vet' to make sure kucing tu sihat dan kena groom bulu2 dia.... Alahai... saya bela kucing tak perlu pun semua tu, janji makan cukup, cage dia bersih, sudahlah.. Kalau sakit atau cedera, barulah saya bawa ke klinik vet.

Saat pertama saya tengok si-persian yang dah ada dalam cage baru tu, saya tak rasa apa2. Umur 7 bulan, berwarna oren, badan besar, bulu kembang (almaklum, tuan dia baru hantar grooming sebelum beri kat saya). Suami saya dah tersengih2, dia kata kucing ni manja... Saya pun testing laa...

Bila saya bukak pintu cage tu, dia dah mula hulur tangan dia, hulur muka sondol2 kat tangan saya. Tak pernah saya jumpa kucing yg sangat manja dengan stranger. Dia seolah2 dah kenal sangat dgn saya. Bergolek2 badan dia kat dlm cage tu, mcm buat persembahan pulak. Saya tak berani dukung dia keluar dari cage, sebab takut dia lompat dan lari terus nanti.

Malam tu, saya beranikan diri mintak suami angkat kucing tu masuk kerumah. Tak tahan tengok dia menyondol2 muka nak mintak keluar dari cage. Hah... sebaik saja masuk rumah, Jeddy (nama dia) berlari2 menuju ke carpet, terus dia bergolek2 kat situ, mintak diurut. Kitaorg pun urut2 badan dia, siap dia 'purring' dan golek2 tayang body lagi! Tak reti diam, kehulu kehilir dia merayap. Nak teroka tempat baru lah tu.... kemana saya pergi, dia mengekor ajer.. Bila kami semua dok mengadap tv, dia pun otomatik aje naik atas sofa, nak bergulit. Eeee..... best nya !!!









19.3.11

Saya suka main Fb games, hari2 saya main Fb games......

Dah lebih 2 tahun saya ada Facebook.
Mula2 tu saje bukak akaun Fb sebab orang lain pun ada. "Entah apa2 laa Fb ni ek", kata saya dalam hati. Tapi, seronok jugak, thrill menggodeh 'benda' baru. Hari2 saya experiment kat situ. Daripada 'zero' sehinggalah kira 'bijak' menggodeh Fb ni. Tapi selepastu, saya tinggalkan ajer Fb tu, boring, tak tahu apa nak dibuat kat situ.

Aleh2, pada satu hari, saya bual2 dgn seorg cousin yg dtg dari jauh. Dia pun ada Fb. Wah... saya pun mcm datang mood semula lah, sebab dpt kongsi interest dgn cousin saya ni. Bermula dari situ lah, saya kumpul beberapa kawan kat Fb. Tak lah ramai sangat friend list saya, ciput ajer. Saya suka tengok gambar2 yang dia org post, baca latest news dari diaorg... itu ajer lah.

Pada satu hari, anak saudara saya rekomen satu Fb game kat saya. Saya boleh ter-gatal tangan pulak main game tu... Zoo World. Layan punya layan, eh.. best pulak lah main games ni.... Yang buat sedap tu, saya dok menambah game friends, yg mana saya langsung tak kenal, janji boleh merancakkan lagi gaming saya. Tak cukup dengan friends di Malaysia ni, saya dah berani tarik friends dari overseas (kawan2 punyer tunjuk ajar laa). Walamak, punyer laa seronok bila main games secara live, online, jakun habis. Alkisah, nak pendekkan cerita, maka saya pun jadi lah game player paling setia kat Fb.


Cityville

Lepas satu, ke satu games saya redah. Ada satu masa tu, saya sekali gus main 10 jenis games! Siap ada buku nota utk catit status kat setiap games tu. Punya busy lah hidup saya pada masa tu... Anak dengan suami saya dok gelak tengok kesibukan saya. Nasib baik dia org kira sporting la jugak, takdelah nak 'bang' saya main games tu. Dia org mungkin tumpang seronok tengok gelagat saya yg semakin 'cergas' kat rumah. Mana tidak nya, semua kerja rumah jadi semakin laju saya siapkan. Sebab nanti nak dok mengadap laptop, kan.. Nak keluar berjalan pun, siap jaga time, nanti kena balik, sebab nak harvest tanaman kat Farmville, nak angkat masakan yg dah ready kat Cafeworld, dan mcm2 task lagi ..... Macam gitulah berlarutan sampai hampir setahun.

Lepas setahun bergelumang dgn games, pelan2, saya pun dah mula naik letih.... Satu persatu game saya tinggalkan, saya block game tu. Kadang2, naik bosan dok mengadap benda2 tu. Terasa pulak banyak buang masa menghadap benda tak berfaedah tu. Tapi, nak tinggalkan semua games tu, memanglah impossible.. banyak jugak berjasanya kat saya. Penglipur lara waktu saya kebosanan. Saya mula memilih game yg paling interesting utk diteruskan.

Sekarang dah 2 tahun saya main games, nampak nya hanya Frontierville dan Cityville aje yang bertahan dihati saya. Setakat ni, memang rasanya tak akan bosan dgn dua game ni.... especially Frontier.


Frontierville


Tunggu ajer lah nanti, apa akhirnya kisah saya dengan Fb games.....