Semasa saya sedang mengira bulan nak dapat cucu, kepala ni dah mula berangan2 nak buat baby blanket untuk kenangan abadi.
Tetiba teringatlah hobby lama, hobby zaman anak dara ... mengait.
Saya bongkar kotak harta karun, jumpa lah jarum kait dan benang lama. Jari pun mula merangkak2 mengait setakat apa yg ingat.
Tak puas hati. Saya dapat idea untuk cari lesson for beginners dalam youtube. Alhamdulillah, memang betul2 banyak menafaat youtube ni.
Saya beli benang secara online jer. Not bad cantik benangnya. Jarum saya beli dikedai dekat sini2 aje.
Akhirnya siap baby blanket pertama saya.
Masa saya berada di Perth, saya ke Spotlight. Melambak cawangan kedai Spotlight disana.
Punya lah banyak pilihan benang2. Kali ini saya beli jarum besor gajah dan benang chunky cotton. Nak kait blanket yg lebih tebal pulak. Sebab nanti dapatlah balut cucu saya dimusim sejuk.
Kain ela disini lebih murah harganya dibanding dengan di Malaysia. (Selepas convert) Pada price tag memang ada tulis harga Aus, New Zealand, Singapore dan Malaysia.
Saya sebenarnya tak pernah pun jejak Spotlight di KL tu. Hehe..
Alhamdulillah. Selesai sudah projek baby blanket saya. Dapat lah dua helai. Ok cukup lah. Penat jugak jari ni.
Insyaa Allah satu hari saya nak cuba buat alas meja pulak. Alas meja yang saya buat masa zaman anak dara dulu, masih diguna oleh mak saya.